Dungun 21 Februari 2011 – Hampir 300 pelajar UiTM Dungun membanjiri Dewan Cemara untuk Program Ceramah Palestin; Bumi yang diberkati anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Terengganu, Aman Palestin Terengganu dan Persatuan Baitul Hadhari UiTM Dungun.
Program yang bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan memahami isu Palestin dan tanggungjawab untuk bersama membantu rakyat Palestin ini turut menampilkan wakil Aman Palestin Pusat, saudara Zaim Shaari sebagai penceramah jemputan. Saudara Zaim Shaari banyak memberi perkongsian tentang pengalaman beliau sewaktu menyertai konvoi menghantar bantuan ke Gaza pada Ogos 2010.
Dalam ucaptama daripada wakil PEMBINA, Saudara Ikhwan Ilias, Naib Presiden PEMBINA Terengganu menekankan tentang kepentingan belia dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara. Beliau menyarankan supaya para pelajar UiTM aktif melibatkan diri dalam program-program yang dapat memantapkan sahsiah dan membentuk akhlak Islamiyyah.
Program diakhiri dengan pelancaran tabung Palestin di UiTM Dungun dan juga pembentangan pengenalan ringkas tentang PEMBINA kepada pelajar UiTM Dungun.
Untuk maklumat lanjut boleh lawati http://pembinaterengganu.com/?p=1127