SeLaMaT DaTaNg
Selamat Datang kepada anda semua..
Diharap blog ini dapat membantu anda dalam kehidupan seharian...
Diharap blog ini dapat membantu anda dalam kehidupan seharian...
Selasa, 11 Disember 2012
5S ( Senjata Yahudi untuk Menjatuhkan Umat Islam )
Pernah dengar mengenai 5S?? Adakah 5S seperti sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal yang anda bayangkan?? Tidak sama sekali. 5S merupakan salah satu senjata Yahudi untuk menjatuhkan umat islam.. Tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 5S tu? Senjata apa yang dimaksudkan sebenarnya.. Kalau pada zaman Rasulullah saw dulu boleh la kita cakap yang peperangan berlaku dengan menggunakan pedang, panah dan sebagainya. Tapi sekarang, mereka menggunakan cara yang lebih halus untuk menjatuhkan umat islam iaitu dengan menggunakan 5s itu..
1. Sports
Kita tengok la sekarang. Sukan menjadi perkara penting dalam membangunkan nama negara. Bola sepak contohnya. Boleh dikatakan hampir keseluruhan rakyat meminati sukan bola sepak tak kira lelaki mahupun wanita, tua mahupun muda.. Semuanya meminati bola sepak sehingga sanggup memenuhi stadium semata-mata untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Yang paling menyedihkan, bila ada dalam kalangan mereka yang meninggalkan solat. Inilah salah satu senjata yang Yahudi gunakan iaitu membiarkan umat Islam meninggalkan solat yang merupakan tiang kepada agama kita, agama Islam.
2. Song
Makin hari, dunia makin penuh dengan hiburan. Banyak hiburan yang melalaikan. Konsert sana sini. Kita negara Islam tetapi melahirkan golongan belia yang tak mengenal Allah. Mereka lebih suka menjadikan artis sebagai idola Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian, lahirnya pula generasi yang tidak mempedulikan Islam di sisi mereka.
3. Sex
Kita tengok sahaja negara sekarang. Hampir setiap hari kita dengar ada kes pembuangan bayi. Mengandung luar nikah dan seterusnya anak-anak yang tak berdosa itu yang menjadi mangsa ibu bapa yang tak mengenal dosa dan pahala. Islam sendiri menyarankan umatnya menutup pintu zina dengan tidak melakukan pergaulan bebas. Tapi lihatlah sekarang, masalah sosial semakin menjadi-jadi.
4. Smoke
Bila ditanya kepada lelaki, kenapa mereka merokok.. Jawapan mereka merokok ni nampak macho. Walaupun dah keluar amaran dari pihak kesihatan yang menyatakan merokok membahayakan kesihatan, tapi masih ramai lagi yang pilih untuk merokok. Kerajaan tak dapat menghentikan pengeluaran rokok sebab negara menambah keuntungan dengan rokok.
5. Sugar
Sebut saja KFC, McD, Pizza Hut.. Semua orang tau. Generasi sekarang lebih suka menikmati hidangan ini berbanding nasi lemak. Tak cukup dengan tu, dadah dan arak sekarang makin menjadi-jadi. Budak-budak sekolah pun dah mula terlibat dengan najis dadah ni.
Cuba kita perhatikan sekarang ni. 5S yang digunakan oleh pihak yahudi ni hampir berjaya untuk menjatuhkan umat Islam. Generasi kini hampir melupakan Islam. Malahan ada yang hanya Islam pada nama tetapi setiap tingkah lakunya bertentangan dengan Islam. Kemana hala tuju kita? Adakah kita pilih untuk diperangi oleh mereka? Atau memilih untuk menentang mereka. Persiapkan diri kita dengan ilmu agama agar kita pertahankan diri kita dari dijatuhkan oleh mereka.
Wajarkah LGBT Diberikan Hak Di Malaysia?
Ketika Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan liwat pada 9 Januari lalu, sekitar 3,000 orang penyokongnya bertempik menjerit keriangan.
Dikhabarkan dikala itu juga beberapa pertubuhan yang memperjuangkan aktiviti gay turut meraikan pembebasan Anwar yang hanya disebabkan oleh sedikit keraguan teknikal yang membabitkan DNA yang membuat Hakim Zabidin tidak mampu menjamin kesahihan bahan bukti tersebut 100 peratus.
Pertubuhan Gay Progresif (ProGay) yang berpengkalan di Filipina misalnya sangat gembira dengan keputusan mahkamah tersebut dan menyatakan bahawa kini adalah masa yang paling sesuai untuk menghapuskan sebarang akta yang mengharamkan golongan songsang itu di negara ini.
“Kami menyertai pergerakan rakyat rakyat demokrasi dalam meraikan kemenangan Anwar..,” kata pegawai hak asasi manusia ProGay, Oscar Atadero, yang pada media online, Tempo.com.
Malah, berita mengenai pembebasan Anwar itu juga mendapat liputan meluas dari sebuah laman web gay, Gay News Network (GNN), yang menyiarkan berita mengenai perbicaraan kes tersebut.
Selain itu, GNN juga menyiarkan berita berkenaan larangan pihak berkuasa Malaysia terhadap penganjuran program Seksualiti Merdeka yang memperjuangkan hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Seterusnya, laporan media juga menunjukkan bahawa Anwar menegaskan prinsipnya mengenai LGBT dan akta berhubung golongan tersebut adalah ‘lapuk’ serta wajar dihapuskan sama sekali.
Akhirnya, perdebatan demi perdebatan panas berlangsung di kalangan rakyat negara ini dan mengeluarkan pendapat masing-masing berhubung isu tersebut.
Ada yang menyatakan bahawa golongan LGBT itu wajar diberikan hak untuk mengamalkan gaya hidup mereka di negara ini dan ada pula yang menentang pandangan tersebut dengan menyatakan bahawa ia adalah bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.
Sebagaimana yang diketahui umum, tiada agama dan budaya di dalam dunia ini yang ‘menghalalkan’ seks songsang mahupun amalan yang diperjuangkan LGBT itu.
Namun, berasaskan hak asasi manusia, golongan yang terjebak dengan LGBT ini yang turut mendapat sokongan dari segelintir mereka yang berpengaruh mahu pandangan mereka diterima dan diimplimentasikan di negara ini.
Persoalannya, wajarkah golongan LGBT ini diberikan peluang untuk aktif dan mengamalkan ‘budaya’ mereka secara terang-terangan di negara ini?
Penulis lebih gemar untuk merujuk kepada ulama atau lebih tepat kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang menegaskan bahawa golongan itu tidak wajar sama sekali diberikan tempat sebegitu di negara ini.
Mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi negara, penulis enggan dan tidak mahu diturunkan bala oleh Allah SWT sebagaimana yang menimpa kaum Nabi Luth AS dahulu di mana mereka yang beriman kepada Allah juga turut mendapat ‘tempias’ dosa kemungkaran golongan LGBT itu.
Malangnya, ada segelintir tokoh negara yang berpengaruh di negara ini yang menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan golongan tersebut dan bersimpati dengan penafian hak asasi kepada golongan LGBT.
Demi atas nama ‘hak asasi manusia’, wajarkah kita gadaikan ketetapan Tuhan dan menafikan prinsip moral hanya semata-mata kerana golongan tersebut?
Tepuk dada, tanyalah selera wahai remaja zaman kini.
Adakah kita ingin melihat kejadian seperti kaum Nabi Luth berlaku di depan mata kita? Di malaysia yang tercinta? Dimana Allah telah menterbalikkan bumi hingga Allah mengangkat dasar bumi ini ke atas dan membinasakan kaum Nabi Luth kerana berkelakuan homoseksual.
BANGKITLAH wahai remaja, BANGKITLAH untuk menentang LGBT ini.
Jumaat, 20 Julai 2012
Rancang Ramadhan anda
Saban tahun, apabila tiba Ramadan, kita
dapat lihat pelbagai kata-kata aluan yang dilahirkan sama ada melalui
poster-poster, masjid, televisyen, radio, internet dan banyak lagi
sebagai tanda gembira dan seronok dengan kehadiran bulan yang penuh
berkat ini. Tidak kurang juga diulang-ulang fadilat atau
kelebihan-kelebihan bulan ini sebagai motivasi kepada kita semua agar
bersungguh-sungguh dan berusaha gigih dalam menghidupkan bulan ini.
Namun begitu, seringkali Ramadan tetap
berlalu dengan sia-sia dan tidak seperti yang diharapkan. Niat sudah
dipasang, semangat pun berkobar-kobar dengan penuh keazaman. Namun,
apabila tiba sahaja Ramadan, pasti berulang perkara yang sama sehingga
kita menjadi pening dan keliru dengan situasi ini.
Ada yang semangatnya tinggi pada
awal-awal bulan sebaliknya prestasi ibadat jadi semakin merudum sehingga
ke akhir bulan. Ada pula yang momentumnya hanya bermula pada
tengah-tengah bulan dan yang lebih teruk, ada yang Ramadannya berlalu
begitu sahaja tanpa dimanfaatkan. Di manakah silapnya?
“Jika kamu gagal merancang, maka kamu telah merancang untuk gagal”.
Ungkapan ini sangat popular dalam kalangan masyarakat kita. Konsep yang
sama juga diaplikasikan dalam kita mengejar Ramadan yang bermutu. Hal
ini kerana kita tidak boleh mengharapkan ganjaran tanpa usaha. Hasil
yang terbaik akan kita peroleh dengan perancangan yang teliti dan
bersungguh-sungguh.
Tiga puluh hari Ramadan itu bagaikan
modal yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya untuk
dimanfaatkan sebaik-baiknya. Tanpa perancangan yang baik, kita akan
menjadi tidak teratur dan kelam kabut. Kita akan jadi tidak jelas dengan
perkara yang sepatutnya dicapai pada bulan ini. Hal ini boleh
menyebabkan kita terkandas dalam usaha merebut ganjaran yang disediakan
oleh Allah SWT.
Sebuah perniagaan yang tanpa perancangan
dan pengurusan yang baik akan berdepan dengan kerugian. Begitu juga
dengan bulan Ramadan, tanpa perancangan dan pengurusan yang baik kita
akan berdepan dengan risiko kerugian. Maksud hadis Rasulullah SAW: “Rugi dan celakalah sesiapa yang menemui Ramadhan tetapi tidak diampuni dosanya”.
Jika dalam urusan keduniaan kita sanggup merancang kerana takut
mendapat kerugian dan kegagalan, apatah lagi dalam menghadapi Ramadan.
Konsep perancangan untuk Ramadan sama
sahaja dengan konsep perancangan dalam urusan-urusan lain, ada objektif
dan wasilah. Gariskan objektif yang ingin dicapai dalam Ramadan tahun
ini dan apakah mekanisme yang harus dilaksanakan bagi memastikan
objektif ini tercapai.
Senaraikan aktiviti-aktiviti yang ingin
dilakukan pada bulan Ramadan dan susunkan sama ada dalam bentuk jadual
ataupun buat senarai semak untuk memastikan semua aktiviti yang
dirancangkan dapat dipantau dan terlaksana dengan baik. Jika tidak yakin
mampu dilakukan bersendirian, boleh sahaja diajak kawan-kawan untuk
turut serta dalam perancangan ini agar boleh saling membantu.
Contohnya, objektif pada bulan Ramadan
tahun ini ialah ingin meningkatkan kadar ibadah dan target yang harus
dicapai ialah khatam Al-Quran sebanyak dua kali dan ingin qiamullail
pada setiap hari. Maka, dalam usaha untuk melaksanakan perancangan ini,
kita haruslah menetapkan sekurang-kurangnya menghabiskan dua juzuk
bacaan setiap hari dan tidur awal pada setiap malam selepas solat
terawih. Dua perkara ini hendaklah dicatat dalam senarai semak supaya
dapat dipantau dengan baik.
Mudah-mudahan, dengan dengan kita
merancang Ramadan ini, Allah SWT memandangnya sebagai tanda keinginan
dan usaha yang serius dan ikhlas dalam mendekatkan diri kepada-Nya
melalui peluang yang disediakan oleh-Nya seperti bulan Ramadan, lalu
kita dianugerahkan dengan ganjaran yang besar pada Ramadan ini.
Sumber: Laman Web ISMA Mesir
Persediaan Ramadan
Pernahkah anda berada di dalam situasi
di mana anda diberikan satu tempoh masa untuk melakukan sesuatu dan
setelah tempoh itu habis, maka anda dilarang dari melakukan perkara
tersebut? Sekiranya perkara ini terjadi, maka apakah tindakan yang akan
anda lakukan?
Sebagai contoh, anda diberi masa sebulan
untuk menyiapkan sebuah kereta untuk satu perlumbaan. Setelah tempoh
sebulan berlalu, anda tidak dibenarkan lagi melakukan apa-apa. Sudah
tentu anda akan menggunakan masa sebulan itu dengan sebaik mungkin untuk
menyediakan kereta yang terbaik. Tayar terbaik digunakan, minyak
mencukupi dan berkualiti, badan kereta yang sesuai untuk berlumba dan
bermacam-macam lagi yang anda lakukan.
Berdasarkan tajuk kali ini, pernahkah
anda terfikir bahawa syaitan juga akan menggunakan masa dan peluang yang
ada dengan semaksima dan sebaik mungkin untuk persiapan melalui bulan
Ramadan?
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA. Daripada Rasulullah SAW:
“Apabila masuk bulan Ramadan, dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahannam, serta dibelenggu syaitan-syaitan” (riwayat Bukhari)
Berdasarkan mafhum hadis ini,
ketahuilah kita bahawa syaitan akan dibelenggu pada bulan Ramadan. Jadi
sudah tentu syaitan akan menghasut, mengerahkan segala usaha,
menggunakan segala tipu daya agar segala janji syaitan untuk menyesatkan
manusia terlaksana walau dalam keadaan mereka dibelenggu di bulan
Ramadan.
Nafsu manusia akan dilatih, disuap,
dibelai dihidangkan dengan keseronokan dan keasyikan agar di bulan
Ramadan nanti, ia akan menjadi raja yang memerintah manusia. Itulah yang
sering terjadi. Walau di bulan Ramadan, masih ada kerosakan dan maksiat
yang dilakukan manusia.
Dengan itu, ketahuilah kita bahawa masa
atau fasa sebelum masuknya bulan Ramadan adalah fasa dan waktu yang
sangat kritikal. Ia akan menentukan keberjayaan dan prestasi kita pada
bulan Ramadan tersebut.
Sebagaimana nabi kita Muhammad SAW
mendidik kita dengan doa seperti yang diriwayatkan oleh Anas RA bahawa
Rasulullah SAW, apabila memasuki bulan Rejab berkata: Ya Allah
berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya`ban dan sampaikanlah kami ke
bulan Ramadan – riwayat Imam Ahmad dan al-Tabarani.
Begitulah antara isyarat-isyarat yang
baginda tunjukkan kepada kita. Pentingnya keberkatan dari Allah serta
perlindungan dan rahmat-Nya pada fasa dan waktu sebelum kita memasuki
bulan Ramadan.
Jadi,bagaimanakah caranya untuk kita persiapkan diri kita dalam tempoh waktu yang kritikal ini? Apakah yang perlu kita lakukan?
Ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan antaranya:
- Seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW hendaklah kita selalu berdoa “Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya`ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. Kerana hanya dengan hidayah dan kasih sayang Allah sahaja yang mampu menyelamatkan kita dari nafsu dan syaitan.
- Bertaubat yang benar. Agar hati kita bersih dari belenggu dosa dan nafsu yang menyesatkan. Mudah bagi kita untuk melawan nafsu. Agar di bulan Ramadan, kita seperti kain putih yang ingin dicorakkan dengan tarbiyyah Allah SWT.
- Perbanyakkan puasa sunat kerana ia mampu mendidik dan melatih nafsu kita. Mengawal diri kita dari keinginan yang merosakkan. Puasa sunat di bulan Rejab dan Sya’ban, puasa Isnin dan Khamis. Jika ada puasa yang perlu diganti, maka bersegeralah menggantikannya.
- Perbanyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Agar waktu-waktu terluang kita diisi dengan beribadah kepada Allah. Kerana jika tidak, sudah tentu kita akan mengisinya dengan perkara yang sia-sia dan maksiat.
- Menghidupkan suasana di rumah dan di tempat-tempat yang selalu kita ada seperti di tempat kerja dan juga di dalam kenderaan. Kita boleh menampal poster atau kad berkaitan Ramadan,memasang lagu Ramadan, menghantar SMS dan kad ucapan Ramadan, menanda kalendar agar kita sentiasa sedar akan kedatangan Ramadan dan bersedia untuk menyambutnya.
- Muhasabah diri. Sekiranya dalam tempoh waktu yang kritikal ini kita masih lagi leka dan alpa dengan perkara kemaksiatan dan perkara yang sia-sia seperti melihat perkara yang haram, melayan movie yang tidak elok, bermain game 24 jam, mencarut, membuang masa, meringan-ringankan sembahyang, maka ketika itu haruslah kita berhenti dan berazam meninggalkannya sebelum kita terlewat. Kerana apabila kita sudah biasa melakukannya, maka kita akan terbiasa melakukannya walau ketika bulan Ramadan.
- Melatih diri dari sekarang dengan bersedekah, qiamullail, berzikir, puasa sunat, membaca quran, melawan perasaan malas.
- Merancang Ramadan anda. Kalau boleh sediakan borang atau senarai perkara-perkara yang perlu dan ingin dicapai di bulan Ramadan. Seperti sasaran berapa kali hendak khatam, solat fardhu jemaah di masjid, qiamullail, sedekah dan lain-lain.
Itulah serba sedikit perkongsian
persediaan-persediaan yang lebih utama kita lakukan dalam tempoh
kritikal sebelum kita menyambut Ramadhan.
"Rugilah bagi sesiapa yang melalui Ramadhan dan Allah tidak mengampunkan dosanya."Oleh: Haidar Mahmud,
Usuluddin,
Universiti Al-Azhar (Mansurah)
Sumber: Laman Web ISMA Mesir
Ayat-ayat tarbiyah jiwa
Berdasarkan tajuk di atas, penulis akan
mendatangkan beberapa ayat Al-Quran yang menceritakan tentang tarbiyah
dan akan menghuraikan ayat-ayat tersebut secara ringkas.
Umumnya di dalam Al-Quran, kesemua ayat
merupakan ayat-ayat tarbiyah kerana tujuan Al-Quran diturunkan adalah
untuk mengubah manusia daripada tidak mengenali Allah kepada mengenali
Allah. Namun di dalam artikel ini, penulis hanya mendatangkan beberapa
ayat yang dipilih secara sengaja sebagai rujukan dan pemudah cara jika
ada yang mahu merujuk untuk dijadikan bahan tazkirah atau sebagainya.
Di dalam buku Wasail Tarbiyah Indal
Ikhwan karangan Dr Ali Abdul Halim Mahmud, beliau mendefinisikan
tarbiyah di sisi Ikhwan sebagai cara (uslub) yang terbaik dalam
berinteraksi dengan fitrah manusia secara langsung (iaitu dengan
perkataan) atau tidak langsung (iaitu dengan tingkah laku/qudwah)
berdasarkan method (manhaj) yang tertentu, menggunakan medium (wasilah)
tertentu demi mewujudkan perubahan dalam diri manusia menjadi lebih
baik.
Berdasarkan definisi tersebut, tarbiyah
yang dimaksudkan adalah perubahan pada individu dalam skop yang cukup
luas. Boleh jadi dalam aspek fizikal, mental mahupun spiritual. Oleh
yang demikian, penulis akan memilih tarbiyah jiwa sebagai topik utama di
dalam artikel ini.
Tarbiyah jiwa (tarbiyah ruhiyah atau
tazkiyyatun nafs) adalah satu perkara yang amat penting di dalam Islam.
Menurut Imam Syahid Hasan Al-Banna, para pendakwah merupakan mereka yang
paling berhajat kepada cahaya hidayah untuk meneruskan jalan dakwah
ini. Dakwah memerlukan jiwa yang bersih, kerana dakwah ini suci dan
bersih. Dakwah hanya berjaya jika hati pendakwah dekat dengan Allah.
Terdapat beberapa ayat Al-Quran yang boleh kita jadikan pedoman dan panduan dalam usaha kita mentarbiyah jiwa:
1. Wahai manusia, apakah yang telah
menyebabkan engkau lalai dan leka daripada mengingati Tuhanmu yang
mulia? Yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan
anggotamu sesuai (dengan tujuan anggota itu diciptakan), dalam apa jua
bentuk dan rupa Allah menyusun kejadianmu seperti mana yang Dia
kehendaki. (Al-Infithor : 6-8)
Allah mempersoalkan manusia yang leka
dan lalai daripada mengingati-Nya, apakah sebab kelalaian tersebut
sedangkan Allah telah menyempurnakan kejadian manusia dengan sebaik-baik
kejadian? Hebat sangatkah kita ini sehingga tidak mahu melaksanakan apa
yang disuruh dan melakukan apa yang dilarang?
Allah juga mengingatkan manusia bahawa
Pencipta yang Maha Hebat hanyalah Allah. Dialah yang menghidupkan dan
mematikan, memberi rezeki dan mengurniakan segala nikmat, yang
menghilangkan lapar dan dahaga, yang memiliki dunia dan seisinya.
Adakah hati kita sudah keras dan penuh berkarat dengan dosa sehingga kita lupa asal-usul kita?
Kembalilah kepada Allah, tunaikanlah
tanggungjawab dan amanah yang terpikul di bahu. Cukuplah ayat ini mampu
menggetarkan jiwa dan menyebabkan kita menangis menginsafi segala
kesalahan dan kekurangan.
2. Adakah orang yang mati (hatinya
dengan kufur), kemudian Kami hidupkannya semula (dengan hidayah
petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi
(sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah,
dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat
manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang
tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar
sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan
keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada
pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah
lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat). (Al-An’am :
122)
Hati yang hidup dapat merasakan
kelazatan ibadah dan menyedari dirinya sentiasa diperhatikan Allah.
Dirinya tenang dalam apa jua keadaan. Kehidupannya lebih indah dan
menarik berbanding orang yang memiliki hati yang sudah mati. Seolah-oleh
tiada kehidupan baginya.
Pepatah Arab mengatakan: Jika jiwa itu
besar, jasad akan berasa letih (kerana menuruti kehendak hati). Ertinya,
jika kita memiliki hati yang hidup, kita menjadi kuat dan hebat!
Bayangkan jika umat Islam seluruh dunia, bermula di negara China
sehingga yang berada di hujung Amerika Syarikat, memiliki hati seperti
ini, sudah pasti keadaannya tidak sama dengan realiti yang berlaku pada
umat hari ini.
Oleh itu, berusahalah memiliki hati yang hidup dengan bacaan Al-Quran, zikrullah, solat jemaah dan puasa sunat.
3. Demi diri manusia dan yang
menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan
keadaannya), serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang
membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa.
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia
bersih – bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya
hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut
dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (As-Syams :
7-10)
Setiap manusia tidak akan terlepas
dengan ujian. Dia di antara 2 tarikan, tarikan iman dan tarikan nafsu
dan syaitan. Terbentang 2 pilihan di hadapannya, sama ada mahu yang
bersih atau yang kotor. Tarikan kejahatan sentiasa mengintai-intai,
mencari-cari peluang. Perkara haram dihias menjadi cantik, semua yang
fana diubah kelihatan indah.
Maka tatkala diuji, wajiblah kita
bermujahadah melawan kehendak nafsu dan pujukan syaitan. Gunakan benteng
iman. Berpesan-pesan dengan kebenaran dan penuh kesabaran.
Tiga ayat di atas perlu dihayati dan
diamalkan. Diulang-ulang bacaan agar terlekat kuat dalam ingatan. Usah
mengharap menawan gunung yang tinggi jika nafsu masih belum dapat
dibendung. Inilah tarbiyah jiwa yang diajar oleh Al-Quran.
Imam Syahid Hasan Al-Banna berkata di
dalam Risalah Muktamar Kelima: “Sesungguhnya proses pembinaan umat dan
mendidik masyarakat, menggapai cita-cita dan memenangkan prinsip
memerlukan ummah yang memiliki ‘kekuatan jiwa’ yang terungkap seperti
berikut; keinginan yang padu yang tidak mampu dilemahkan, kesetiaan
tanpa pengkhianatan, pengorbanan yang mulia yang membuang rasa bakhil
dan mengetahui prinsip dan beriman dengan prinsip tersebut.
Di sinilah perjuangan umat ini bermula. Tarbiyah jiwa di permulaan dan di pengakhiran jalan.
Oleh:
Ustaz Mohd Firdaus Salleh Hudin,
Pegawai Penyelidik,
Ikatan Muslimin Malaysia
Ustaz Mohd Firdaus Salleh Hudin,
Pegawai Penyelidik,
Ikatan Muslimin Malaysia
Diambil daripada :
http://www.ismaweb.net/v4/2012/05/ayat-ayat-tarbiyah-jiwa/
Langgan:
Catatan (Atom)



