Ketika Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan liwat pada 9 Januari lalu, sekitar 3,000 orang penyokongnya bertempik menjerit keriangan.
Dikhabarkan dikala itu juga beberapa pertubuhan yang memperjuangkan aktiviti gay turut meraikan pembebasan Anwar yang hanya disebabkan oleh sedikit keraguan teknikal yang membabitkan DNA yang membuat Hakim Zabidin tidak mampu menjamin kesahihan bahan bukti tersebut 100 peratus.
Pertubuhan Gay Progresif (ProGay) yang berpengkalan di Filipina misalnya sangat gembira dengan keputusan mahkamah tersebut dan menyatakan bahawa kini adalah masa yang paling sesuai untuk menghapuskan sebarang akta yang mengharamkan golongan songsang itu di negara ini.
“Kami menyertai pergerakan rakyat rakyat demokrasi dalam meraikan kemenangan Anwar..,” kata pegawai hak asasi manusia ProGay, Oscar Atadero, yang pada media online, Tempo.com.
Malah, berita mengenai pembebasan Anwar itu juga mendapat liputan meluas dari sebuah laman web gay, Gay News Network (GNN), yang menyiarkan berita mengenai perbicaraan kes tersebut.
Selain itu, GNN juga menyiarkan berita berkenaan larangan pihak berkuasa Malaysia terhadap penganjuran program Seksualiti Merdeka yang memperjuangkan hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Seterusnya, laporan media juga menunjukkan bahawa Anwar menegaskan prinsipnya mengenai LGBT dan akta berhubung golongan tersebut adalah ‘lapuk’ serta wajar dihapuskan sama sekali.
Akhirnya, perdebatan demi perdebatan panas berlangsung di kalangan rakyat negara ini dan mengeluarkan pendapat masing-masing berhubung isu tersebut.
Ada yang menyatakan bahawa golongan LGBT itu wajar diberikan hak untuk mengamalkan gaya hidup mereka di negara ini dan ada pula yang menentang pandangan tersebut dengan menyatakan bahawa ia adalah bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.
Sebagaimana yang diketahui umum, tiada agama dan budaya di dalam dunia ini yang ‘menghalalkan’ seks songsang mahupun amalan yang diperjuangkan LGBT itu.
Namun, berasaskan hak asasi manusia, golongan yang terjebak dengan LGBT ini yang turut mendapat sokongan dari segelintir mereka yang berpengaruh mahu pandangan mereka diterima dan diimplimentasikan di negara ini.
Persoalannya, wajarkah golongan LGBT ini diberikan peluang untuk aktif dan mengamalkan ‘budaya’ mereka secara terang-terangan di negara ini?
Penulis lebih gemar untuk merujuk kepada ulama atau lebih tepat kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang menegaskan bahawa golongan itu tidak wajar sama sekali diberikan tempat sebegitu di negara ini.
Mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi negara, penulis enggan dan tidak mahu diturunkan bala oleh Allah SWT sebagaimana yang menimpa kaum Nabi Luth AS dahulu di mana mereka yang beriman kepada Allah juga turut mendapat ‘tempias’ dosa kemungkaran golongan LGBT itu.
Malangnya, ada segelintir tokoh negara yang berpengaruh di negara ini yang menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan golongan tersebut dan bersimpati dengan penafian hak asasi kepada golongan LGBT.
Demi atas nama ‘hak asasi manusia’, wajarkah kita gadaikan ketetapan Tuhan dan menafikan prinsip moral hanya semata-mata kerana golongan tersebut?
Tepuk dada, tanyalah selera wahai remaja zaman kini.
Adakah kita ingin melihat kejadian seperti kaum Nabi Luth berlaku di depan mata kita? Di malaysia yang tercinta? Dimana Allah telah menterbalikkan bumi hingga Allah mengangkat dasar bumi ini ke atas dan membinasakan kaum Nabi Luth kerana berkelakuan homoseksual.
BANGKITLAH wahai remaja, BANGKITLAH untuk menentang LGBT ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan